عَنْ كَعْبِ بْنِ اَجْرَحِ قََالَ : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ : إِسْمَعُوْا ! هَلْ سَمِعْتُمْ ؟ أَنَّهُ سَتَكُوْنُ بَعْدِيْ
أُمَرَاءُ , مَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بَكَذْبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ
عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّيْ وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ يَرِدُ عَلَى
الْحَوْضِ , وَمَنْ لَمْ يَدْخُلْ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يُصَدِّقُهُمْ بَكَذْبِهِمْ
وَلَمْ يُعْنِهِمْ عَلَى ظَلَمِهِمْ فَهُوَ مِنِّيْ وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ
عَلَى الْحَوْضِ . (رواه النسائي والترميذي ) .
Terjemahan
Hadis
Daripada Ka’ab bin Ajrah berkata ia :Bahawasa Rasulullah SAW
bersabda :”Dengar kamu semua ! Apakah kamu mendengar bahawasanya akan ada
selepasku para u,mara’ , maka barang siapa masuk kepada mereka lalu membenarkan
kebohongan mereka .dan membantu atas kezaliman mereka , maka dia bukanlah dari
golonganku dan aku bukanlah dari golongannya dan ia tidak akan sampai kepadaku
di kolam .Dan barangsiapa yang tidak masuk kepada mereka , tidak menolong mereka
atas kezaliman mereka dan tidak membenarkan kebohongan mereka maka dia adalah
dari golonganku dan aku dari golongannya , dan ia akan datang kepadaku di kolam
(al-Haudh) .(Hadis riwayat :An Nasa’i dan at –Tirmizi ).
Hadis Ketujuh LARANGAN KELUAR
DARI JAMAAH ISLAM
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :مَنْ خَرَجَ مِنَ الْطَاعَةِ
وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مَيْتَةً جَاهِلِيَّةٍ .وَمَنْ قَاتَلَ
تَحْتَ رَايَةٍ عُمْيَةٍ يَغْضِبُ لِعَصَبِيَّةٍ أَوْ يَدْعُوْ لِعَصَبِيَّةٍ أَوْ
يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقُتِلَ فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ , وَمَنْ خَرَجَ عَلَي
أُمَّتِيْ بِسَيْفِهِ يَضْرِبُ بَرَّهَا وَفَاجَرَهَا وَلاَ يَتَحَاشَيْ مِنْ
مُؤْمِنِهَا وَلاَ يَفِيْ لِذِيْ عَهْدٍ عَهْدَهُ فَلَيْسَ مِنِّيْ وَلَسْتُ مِنْهُ
. ( رواه مسلم(
Terjemahan
Hadis.
Darpada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:”Barang siapa
yang keluar dari ketaatan (derhaka) dan memisahkan diri dari jamaah( Islam),lalu
ia mati , maka matilah ia sebagai kematian jahiliyah . Barang siapa berperang di
bawah panji –panji kesesatan , ia marah kerana assobiyah atau mengajak kepada
assobiyah ataupun membantu assobiyah , lalu ia terbunuh maka ia terbunuh sebagai
kematian jahiliyah .Barang siapa memerangi umatku dengan pedangnya ia memenggal
dengan pedangnya orang yang baik dan orang yang jahat dan ia tidak mengecualikan
orang mukmin dari umatku , dan ia tidak menunaikan janji orang yang diberi
janjinya , maka dia bukanlah dari golonganku dan aku bukanlah dari golongannya
.”
( Hadis Riwayat :Al-Bukhari, Muslim, ad-Darimai dan Ahmad)